joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

Sesi Taklimat Pelajar Baru Sesi A171 bersama PPA UUMCAS

Written by Amirullah Ikrami.

Sesi Taklimat Pelajar Baru Sesi A171 bersama PPA UUMCAS

 PPA CAS  ONLINE:  Perjumpaan Dekan PPA CAS bersama pelajar baharu semester satu sesi A171 telah berlangsung pada 10 Oktober 2017 bertempat d Dewan Seminar UUM CAS Bangunan SOC bermula jam 2.30 petang sehingga jam 5.00 petang.

Perjumpaan ini bertujuan bagi memberikan maklumat berkaitan fungsi dan peranan PPA UUM CAS sebagai organisasi yang menguruskan Pembangunan Pelajar dan Alumni di peringkat Kolej.

pel baru 1

Memandangkan jumlah pelajar baharu UUM CAS pada  sesi A171 mencecah hampir 1000 orang, maka dua  sesi taklimat telah disusun mengikut Pusat Pengajian. Sesi taklimat tersebut telah diberikan oleh Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Dr. Massudi . Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain turut berpesan kepada pelajar supaya berusaha mencapai prestasi yang cemerlang bermula dari semester pertama dan terus berusaha mengekalkan kecemerlangan sehingga ke semester akhir.

“Selain aktif dalam bidang akademik, para pelajar harus berpersatuan dan aktif dalam aktiviti luar kerana ia amat membantu pelajar  dalam ilmu Soft Skills bagi mengahadapi cabaran mendatang dalam alam perkerjaan ”. Tambah beliau lagi, setiap pelajar layak menjadi CEO, akan tetapi untuk menjadi CEO yang terbaik, pelajar bukan sahaja perlu bijak dalam pelajaran tetapi perlu mantapkan sahsiah dan insaniah yang mana boleh di terapkan melalui penglibatan dalam aktiviti kelab/persatuan.

pel baru 2

Disamping menceritakan peranan PPA UUM CAS sedia ada seperti praktikum, urusan mobiliti dan aktiviti pelajar, Dr. Massudi juga turut menerangkan serba sedikit mengenai cabaran 4th Industrial Revolution kepada para pelajar dimana cabaran-cabaran yang bakal dilalui oleh para pelajar kelak antaranya bidang perkerjaan yang bakal lenyap  dan akan  muncul pada suatu hari nanti. Beliau juga menerangkan kemahiran yang bagaimanakah perlu ada pada setiap pelajar bagi menghadapi revolusi  ini.

pel baru 3

Di akhir taklimat, Dr. Massudi sempat berpesan supaya setiap mahasiswa tanamkan dalam diri dengan semangat patriotik dan rasa sayangkan universiti. Selain ucapan Dekan, majlis ini turut dihadiri oleh MPP UUM CAS dan juga peserta Mobiliti Outbound yang telah selesai program. Mereka sempat berkongsi maklumat serta nasihat dan harapan kepada semua pelajar baru yang hadir petang tersebut.  Turut hadir Timbalan Dekan PPA Dr. Mohamad Farhan Mohamad Mohsin, Penyelaras Praktikum PPA Dr. Rajwani Md Zin,  Pegawai dan staf PPA CAS.

 

Habis

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim