joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

LET’S HELP FOR LOVE

Written by Amirullah Ikrami.

LET’S HELP FOR LOVE

JITRA, 14 Nov – Pejabat Pembangunan Pelajar UUM CAS telah mengadakan lawatan ke Taman Sinar Harapan Jitra, Kedah yang menempatkan kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal dan mental.

Terdapat dua sesi lawatan yang telah dilaksanakan iaitu pada 7 November dan juga sesi kedua pada 14 November. Pada sesi pertama seramai 27 pelajar telah terlibat  manakala pada sesi kedua pula seramai 26 orang mahasiswa mahasiswi Universiti Utara Malaysia yang terdiri daripada majlis tertinggi setiap persatuan di bawah UUM CAS menyertai program kesukarelawan ini. Program ini diketuai oleh Dr Mohamad Farhan Mohamad Mohsin , Timbalan Dekan PPA UUM CAS serta diiringi oleh beberapa staf PPA.

tsh 1

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar agar menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, serta mewujudkan semangat sukarelawan dalam kalangan pelajar. Program ini dimulakan dengan taklimat dari Pengetua Taman Sinar Harapan , Encik Ismail . Kemudian para pelajar akan dipecahkan kepada tiga kumpulan  untuk dibahagikan kepada tiga asrama penghuni TSH. Sepanjang program, para pelajar telah melakukan amalan penjagaan yang kebiasaannya dilakukan oleh pekerja di situ seperti memandikan, memakaikan baju, memotong kuku dan sebagainya. Pengalaman sebegini adalah sesuatu yang amat bermakna bagi para pelajar.

tsh 2

“Daripada program ini, pertamanya saya dapat mengetahui dan merasai apa yang dialami oleh penghuni taman sinar harapan ini. Saya juga dapati penghuni di sini bersusah payah berusaha untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Jadi, kita sebagai manusia yang sempurna dan normal, bantulah mereka  walau bukan dengan wang tapi boleh juga dari segi makanan, penjagaan dan lain-lain” kata salah seorang peserta program, Muhaimin Nasir. Daripada program sebegini, banyak impak positif yang dapat diperolehi oleh semua peserta dan diharapkan ia dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

“Insyaallah pihak PPA akan meneruskan program ini di masa hadapan bagi membantu pihak yang memerlukan malah sebagai keluarga angkat kepada anak-anak yang hauskan kasih sayang. Program sebegini akan diterapkan pada setiap persatuan pelajar kelak.” Kata Dr Farhan sewaktu ucapan aluan bagi pihak UUM.

Program berakhir selepas makan tengah hari.

Sekian.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim