joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI DAN PELAN STRATEGIK PPA UUMCAS

Written by Amirullah Ikrami.

BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI DAN PELAN STRATEGIK PPA UUMCAS

 PPA ONLINE: Pada 15 hingga 17 October 2017 yang lalu, Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA) CAS, UUM telah mengadakan Bengkel Pemantapan Organisasi dan Pelan Strategik bertempat di Marina Island Pangkor Resort & Hotel, Lumut, Perak.

Dalam program ini, seramai 13 orang staf PPA CAS telah terlibat.

Tujuan utama retreat dan bengkel ini diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan hala tuju PPA CAS serta merancang aktiviti (pelan strategik) bagi tahun 2018, selain itu juga aktiviti ini bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan staf PPA CAS dan ahli keluarga. Di samping itu, bengkel ini juga diadakan bagi memberi peluang kepada staf untuk meluangkan masa bersama keluarga mereka dengan lebih berkualiti.

ppa 1

Bengkel pelan strategik ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Dekan PPA CAS, Dr. Massudi Mahmuddin. Kemudian diteruskan dengan slot taklimat daripada Dr. Rajwani Md. Zain. Pada sebelah petang, waktu riadah diisi dengan aktiviti sukaneka di pantai bersama keluarga masing-masing seperti membaling belon air, meniup belon paling besar, membawa bola ping pong di dalam sudu dan lain-lain. Pada sebelah malam pula, kesemua staf mengadakan perbincangan mengenai isu-isu berkaitan pembangunan pelajar dan mengenalpasti masalah dan proses kerja yang dapat melicinkan perjalanan kerja dalam pejabat PPA CAS.

Pada hari kedua, semua kumpulan dikehendaki membentangkan ‘blueprint’ untuk aktiviti PPA CAS pada masa akan datang. Sebelum bersurai, kesemua staf telah bertukar-tukar hadiah sebagai kenang-kenangan. Pada sebelah petang, aktiviti ‘island hopping’ diadakan. Kemudian pada sebelah malam, semua peserta mengadakan aktiviti barbeque yang disediakan oleh staf dan keluarga sebagai aktiviti penutup.

ppa 2

Menurut Dekan PPA CAS Dr. Massusi Mahmudin, bengkel seperti ini diperlukan sebagai platform untuk staf mengadakan perbincangan dalam suasana yang lebih selesa tetapi tetap produktif. Ia juga sebagai aktiviti sebegini dapat merapatkan silaturrahim sesama staf dan berpeluang melakukan aktiviti yang bersifat santai sesama staf dan keluarga masing-masing. Melalui aktiviti sebegini diharapkan staf PPA CAS lebih bersemangat dan dapat melaksanakan aktiviti seperti yang telah dirancang dan dibncangkan sepanjang bengkel ini berlangsung.

Tamat

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim