joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

PELAJAR UUM CAS MENDALAMI ILMU VOKAL DAN LAKONAN

Written by Amirullah Ikrami.

PELAJAR UUM CAS MENDALAMI ILMU VOKAL DAN LAKONAN

Menyedari hakikat kepentingan untuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan kebolehan bertutur di hadapan khalayak ramai apabila berkerjaya kelak, seramai 28 orang pelajar College of Arts and Sciences (CAS) telah menyertai Bengkel Vokal dan Lakonan yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM CAS dengan kerjasama Pusat Budaya dan Seni, UUM.

Bengkel ini telah di adakan pada 25 November 2017 yang lepas bermula jam 8.00 pagi hingga 1 tengah hari di Kompleks Budaya Hashim Yasin, UUM.

vokal

Selain dapat meningkatkan keyakinan diri peserta, bengkel ini telah mengajar para peserta tentang teknik pengucapan dan mengeluarkan pendapat menggunakan intonasi yang betul di samping mendidik sikap positif serta berani mengeluarkan pendapat. Bengkel ini dipecahkan kepada dua slot iaitu slot latihan vokal dan slot seni lakonan. Guru vokal di dalam bengkel ini ialah Pn. Sukena Md Arif manakala guru seni lakonan ialah En. Jasrihanizan Badol dari Pusat Budaya dan Seni.

Menurut Alif Haikal Bin Parlan dari Pusat Pengajian Pengkomputeran, beliau berpendapat program ini adalah sangat baik untuk disertai oleh mahasiswa khususnya untuk mengetahui teknik-teknik bercakap serta dapat meningkatkan keyakinan diri khususnya sebagai seorang pemimpin. Beliau merupakan presiden bagi persatuan I-Tech UUM. Menyedari kepentingan ilmu vokal dan lakonan ini, PPA CAS akan meneruskan program seumpama ini di masa yang akan datang.

Tamat

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim