joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

MENYANTUNI GELANDANGAN DALAM PROGRAM BUSKERS FOR HOMELESS 3.0

Written by Amirullah Ikrami.

MENYANTUNI GELANDANGAN DALAM PROGRAM BUSKERS FOR HOMELESS 3.0

 UUM Sintok, 24 November 2017. Kelab Kreatif Inovatif (CIA) sekali lagi telah menganjurkan sebuah program berbentuk kemasyarakatan dengan tujuan utama bagi membantu mereka-mereka yang memerlukan.

Program yang dianjurkan ini ialah program Buskers For Homeless 3.0. Program ini telah dijalankan di perkarangan Menara Alor Setar yang melibatkan pelajar-pelajar Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) dari Sem 1 sehingga Sem 5 serta Pensyarah dan staff SCIMPA. Program ini bermula sekitar 9 malam dan berakhir pada 2:30 pagi.

cia 1

Program ini melibatkan dua agenda utama iaitu persembahan buskers dari BCIM band sambil dibantu oleh Unit Kokurikulum UUM dari Unit Okestra dibawah pimpinan Encik Sham yang juga merupakan alumni BCIM dan aktiviti memberikan barang-barang keperluan seperti baju, ubat nyamuk, berus gigi dan sedikit makanan kepada golongan gelandangan di sekitar bandar Alor Setar.

cia 2

Kelab CIA kini telah menjadikan program Buskers For Homeless ini sebagai program wajib setiap semester. Program ini banyak memberikan pendedahan kepada pelajar BCIM bagaimana untuk menguruskan sebuah program besar yang dijalankan di luar UUM. Selain itu, program ini juga dapat mengasah bakat-bakat pelajar bagi persembahan Buskers. Program ini juga telah membuka mata pelajar-pelajar tentang kesusahan kehidupan luar khususnya golongan yang memerlukan seperti para gelandangan.

Tamat

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim