joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

Teruja Berpijak di “Bumi Helang”

Written by Amirullah Ikrami.

MAHASISWA MAHASISWI MEMBUKA MATA DI PULAU TERINDAH

 “ ‘Jauh berjalan, luas pemandangan.’ Ini kali pertama saya datang ke sini dan memang, rombongan ini amat bermakna buat saya. Saya dapat belajar perkara yang banyak sepanjang berlangsungnya rombongan ini. ”  -Du Jingyuan, pelajar mobiliti China

lgkw 1

LANGKAWI, 25 November 2017- Para mahasiswa dan mahasiswi mobiliti daripada College of Arts and Sciences (CAS) Universiti Utara Malaysia begitu teruja apabila mereka dapat menyertai satu rombongan ke bumi “Helang” iaitu Pulau Langkawi dari 23 hingga 24 November 2017 yang lalu. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA) CAS dan telah disertai oleh 26 orang mahasiswa mahasiswi mobiliti dari China, 5 orang pelajar mobiliti dari Brunei, 4 orang pegawai PPA CAS dan juga 4 orang pelajar tempatan (buddies) yang lebih dikenali dengan nama “Rakan CAS”.

Para peserta memulakan perjalanan mereka dengan berpijak di tanah sebuah kilang minyak gamat yang terkenal di pulau indah tersebut. Gamat sememangnya terkenal dengan keberkesanan dan khasiatnya dalam mengubati pelbagai jenis kecederaan luar. Para peserta terutamanya pelajar mobiliti begitu tertarik dengan gamat tersebut dan turut melihat sendiri proses memasak dan membuat minyak di syarikat Nusantara. Malah, mereka telah mencuba untuk meletakkan jari dalam minyak gamat yang sedang mendidih. Tidak lupa juga mereka untuk membeli beberapa botol minyak gamat bagi kegunaan sendiri dan keluarga mereka.

“Memang saya dengar produk ini amat berkesan. Baunya juga boleh tahan. Memang saya menyokonglah produk ini,” ujar seorang pelajar mobiliti Brunei, Dk Nurul Ain bt. Pg Hj Abdullah. Selain itu mereka juga ke tempat perusahaan batik dan kedai cenderahati untuk membeli cencederahati sebagai kenang-kenangan kepada rakan-rakan dan keluarga bila balik ke negara masing-masing nanti.

lgkw 2

Rombongan ini bertambah seri lagi apabila para peserta melangkah kaki ke Skycab iaitu kereta kabel yang pastinya dikunjungi oleh semua pelancong yang datang melancong di Pulau Langkawi. Para peserta begitu teruja dengan keindahan alam sekitar sepanjang mereka berada dalam kereta kabel. Mereka juga terpesona dengan kecanggihan teknologi dalam Muzium 3D dan Sky Rex. Para mahasiswa mahasiswi menghabiskan masa di situ dengan menangkap gambar sebagai kenang-kenangan mereka berada di situ. Sebelum masuk ke hotel, seperti biasa seperti pelancong-pelancong lain akan membeli coklat dan barang-barang lain di HIG Hotel. Pada sebelah malam, para peserta begitu ceria apabila mereka ditempatkan di AB Motel, Pantai Cenang yang sememangnya menjadi lokasi tarikan para pelancong. Pantai berpasir yang menarik dan panjang itu terus menjadi kunjungan utama para peserta semasa menginap di situ.

 “Pantai Cenang bukan sahaja terkenal dengan pantainya, tetapi juga harta dan khazanah lautnya yang menarik.  ” luah Chee Pei Shan, salah seorang Rakan CAS yang turut serta dalam rombongan tersebut. Sebelum rombongan ini bergerak pulang, para mahasiswa mahasiswi sempat bergambar di Dataran Helang yang sememangnya menjadi lokasi simbolik Pulau Langkawi. Pada saat tersebut, para peserta telah dapat menjalin satu hubungan yang begitu mesra dan ramah yang jauh berbeza daripada suasana yang kekok semasa program baru bermula.

lgkw 3

Para peserta juga begitu gembira apabila mereka berpeluang untuk mencuba keenakan minuman dan makanan di Manager’s Coffee yang merupakan satu cawangan UUM yang lokasinya berada di Teminal Jeti Kuah.

Memang terbaiklah program ini. Kalau ada peluang lagi saya mesti sertai lagi.” luah ikhlas daripada Wang Long Fei, seorang lagi pelajar mobility dari China.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim