joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

Kejayaan Usahawan Program UCI Membanggakan

Written by Amirullah Ikrami.

Kejayaan Usahawan Program UCI Membanggakan

PPA ONLINE: Sebanyak enam buah kumpulan daripada sembilan di bawah program Utara Creativepreneur Incubator (UCI) telah membuktikan kemampuan masing-masing menjalankan perniagaan berasaskan seni industri kreatif

walaupun sibuk dengan sesi kuliah setelah membentangkan kejayaan masing-masing di dalam program santai “Gathering UCI Entrepreneurs” di Auditorium Perpustakaan Sultanah Bahiyah pada 28/11/2017 yang lepas. Suka duka dan hasil perniagaan sepanjang program UCI dijalankan telah dipersembahkan kepada mentor UCI.

uci last

Utara Creativepreneur Incubator (UCI) adalah program pengalaman berasaskan ‘dunia perniagaan sebenar’ yang memberi pendedahan kepada bakal usahawan kepada konteks perniagaan bagi membolehkan mereka meningkatkan kemahiran secara spesifik serta memperkembangkan kerjaya mereka. Di dalam program ini, bakat dan potensi pelajar di dalam industri seni kreatif dikembangkan secara sistematik melalui program UCI yang terancang sehingga berupaya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui kerjasama Institut Pembangunan Usahawan dan Koperasi (CEDI), UUM dan Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, College of Arts & Sciences (CAS), UUM. Program ini berjalan selama 12 bulan dan akan berakhir pada November 2017 ini. Seramai 29 orang mahasiswa berjiwa usahawan dari Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), dan Pusat Pengajian Multimedia (SMMTC), CAS telah mengikuti program ini.

Di dalam program UCI, sebanyak sembilan buah kumpulan pelajar dengan idea perniagaan yang berbeza telah dilatih untuk membangunkan start-up company dan tatacara menguruskannya dengan bantuan mentor akademik UUM dan mentor industri. Di antara jenis perniagaan yang dijalankan ialah fotografi, islamic chaligraphy, video editing, artwork design, busking, fesyen, pembangunan aplikasi dan penghasilan skrip drama  Di akhir program ini, sebanyak lima kumpulan telah berjaya mendaftarkan syarikat seperti di dalam jadual di bawah. Di antara kejayaan UCI yang lain ialah berjaya memperoleh Geran Pinjaman Perniagaan Projek Tranformasi Perniagaan Penjaja dan Peniaga Kecil 2017 dari KPDNKK berjumlah RM35,000 oleh salah seorang peserta UCI.

Bil.

Nama Syarikat / Ahli

Jenis Perniagaan

No. Pendaftaran Perniagaan / Tarikh penubuhan

1

GAFFER CREATIVE SERVICE

Script Writing

AS0378936-A (19/12/2016)

2

KERTAS RENYUK STUDIO

Busking

TR0177519-V (15/07/2017)

3

ONENG DIGITAL STUDIO

Graphic & Video Editing

002682459-W (26/07/2017)

4

NHY EXCLUSIVE BOUTIQUE

Shawl

PG0420121-M (19/05/2017)

5

NA WHITE ROSE ENTERPRISE

Graphic & Video Editing

AS0384830-K (25/07/2017)

Menurut CEO program UCI, Dr. Mohamad Farhan Mohamad Mohsin, walaupun program UCI akan berakhir pada hujung bulan ini, kumpulan di bawah program UCI ini perlulah meneruskan usaha memperkembangkan perniagaan masing-masing yang secara tidak langsungnya akan mengharumkan nama UUM. Selepas pembentangan selesai, semua peserta UCI menikmati jamuan makan tengah hari di Manager’s Coffe, UUM sambil disajikan dengan persembahan live dari peserta UCI.

Tamat.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim