joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

MAHASISWA UUM CAS MEMBUKA MATA DALAM PELUKAN ALAM YANG INDAH

Written by Amirullah Ikrami.

MAHASISWA UUM CAS MEMBUKA MATA DALAM PELUKAN ALAM YANG INDAH

“Kawasan ini merupakan kawasan persendirian yang tidak dikacau oleh orang awam dan inilah peluangnya, di mana kamu boleh mendekati alam sekitar. Inilah masanya untuk kamu menikmati keindahan alam sekitar yang paling asli yang kamu tidak dapat nikmati di tempat lain.” -Pengusaha Sedim Rainforest Resort

TOT 

PPA ONLINE: KULIM, 7 DISEMBER 2017 – Mahasiswa-mahasiswi UUM College of Arts and Sciences Universiti Utara Malaysia (UUM) begitu gembira apabila mereka mengetahui bahawa mereka bakal berkunjung ke Sedim Rainforest Resort yang terletak di Kulim ini selama tiga hari dua malam.

Kunjungan ini adalah sempena Training of Trainers (TOT) yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Pelajar dan Alumni Kolej Sains dan Sastera (PPA CAS) yang dijalankan bertujuan untuk mendidik bakal-bakal pemimpin yang dapat membantu pelajar mobiliti serta menjayakan program anjuran PPA CAS. Skuad ini dinamakan Rakan PPA CAS.

“Inilah pertama kali saya berada di sini. Walaupun tiada kemudahan Internet, tetapi alam semulajadi ini sememangnya dapat menenangkan jiwa saya,” ujar Siti Nor Aishah Jaapar, salah seorang mahasiswa yang turut bersama dalam program ini.

 tot 2          

Program ini disertai oleh 34 orang Rakan CAS diiringi oleh beberapa orang pegawai PPA. Program ini bertujuan untuk  melatih para peserta supaya memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan selain kepimpinan dan penjanaan idea kepada pembangunan PPA CAS dalam aktiviti pelajar, mobiliti dan  keusahawanan.

tot 3           

Antara pengisian yang menguja peserta ialah aktiviti ‘water tubing’, ‘flying fox, dan juga ‘Nature Walk’. Kesejukan air terjun di kawasan peranginan tersebut  mengamit peserta untuk lebih puas dengan penyertaan dalam program ini. “Memang tidak dapat dinafikan bahawa program ini merupakan program yang terbaik yang pernah saya sertai, ala-ala ‘berkuliah’ sambil kembara,” luah hati Lee Ter Hao , pelajar daripada Pusat Pengajian Sains Quantitative.

“Pacat” boleh dikatakan merupakan peristiwa pahit bagi para peserta pada hari itu tidak kira yang pernah melihatnya sebelum ini mahupun yang pertama kali mengenali hidupan ini. “Sebenarnya pacat ini hidupan juga, apa yang ia ingin hanyalah sedekah darah  daripada manusia,” gurau salah seorang tour guide yang mengiring para peserta.

 tot 4

Di akhir program ini, beberapa anugerah telah diberikan kepada para peserta program yang paling berdedikasi. Watikah perlantikan juga diberikan oleh Dr. Massudi Mahmuddin, Dekan PPA UUM CAS  sendiri sebagai tandanya Rakan CAS mula bertugas dengan mendukung amanah yang diberikan kepada mereka. “Dengan adanya program ini, diharapkan para Rakan CAS dapat membimbing bukan sahaja diri, malah kawan-kawan sekitar untuk bersama-sama maju demi CAS. Juga diharapkan para Rakan CAS dapat memberi komitmen yang sepenuhnya sepanjang menjalankan tugas anda sebagai Rakan CAS,” ujar Dr. Massudi lagi.

Tamat

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim