joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

KERTAS RENYUK BUSKER UUM

Written by Amirullah Ikrami.

KERTAS RENYUK BUSKER UUM 

PPA ONLINE: Hobi dan minat berpisah tiada. Jika diasah dan diuruskan dengan betul, ianya dapat menjana pendapatan bagi mereka yang melakukannya. Itulah yang dilakukan oleh sebuah kumpulan busker di UUM.

Bermula dengan minat bermain alat muzik, empat pelajar dari Pusat Pengajian Multimedia (SMMTC) telah menubuhkan sebuah kumpulan busker bernama Kertas Renyuk pada tahun 2015 ketika di semester satu tatkala ingin menyertai pertandingan busking di Universiti Utara Malaysia (UUM). Bermula daripada itu, Kertas Renyuk mula mendapat sambutan dikalangan pelajar-pelajar di sekitar UUM dan telah berjaya menempa nama di persada muzik UUM dengan mendapat jemputan untuk membuat persembahan di beberapa program seperti Open Day, Dinner dan Charity di dalam dan luar UUM.

Kertas Renyuk

Ahli kumpulan Kertas Renyuk terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Muhammad Ukasyah Abdul Latif (Lead Gitaris), Firdaus Tumiran (Gitaris), Muhamad Shafiq Mustafa Al Bakri (Cajonis) dan Mohd Sahzul Abdul Salam (Vocalis). Sepanjang penubuhannya, Kertas Renyuk telah membuat banyak persembahan di dalam dan luar UUM antaranya ialah Program MOHE English Carnival, Graduation Ceremony CPD Training Programme Sri Langka Indicator, TM Fest, Program Charity Tasik Jitra, Program Hari Belia Kedah 2016, Dinner Gathering Indonesian, Dinner Gathering Indonesian, Dinner Inasis YAB (Gala Night Dinner), Dinner Inasis BSN (Hometown), Dinner Kelab KLKM (Gatsby Night), Open Day BSN , Program Event Management (Truck Food), Dinner Kelab Anak Johor, Dinner Inasis TM (Back to School), Dinner Ecosa, dan Dinner Class BPM (Appreciation Night).

Untuk mengorak langkah sebagai sebuah kumpulan yang lebih berjaya, Kertas Renyuk telah menyertai program keusahwanan Utara Creativepreneur Incubator (UCI) yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Institut Pembangunan Usahawan dan Koperasi (CEDI), UUM dan Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, College of Arts & Sciences (CAS), UUM bagi mempelajari tatacara menguruskan sebuah syarikat dengan berkesan. Di dalam program ini, Kertas Renyuk telah menambah dua orang lagi ahli lagi untuk membantu menguruskan kumpulan ini iaitu Soonthanan A/L Su Tin (Event Management) dan Akmal Hakim Abdul Salam (Financial Management). Hasil daripada program UCI, kumpulan ini telah menubuhkan syarikat bernama Kertas Renyuk Studio (TR0177519-V) pada 14 Julai 2018.

Selain membuat persembahan, Kertas Renyuk juga menjalankan perniagaan menjual pakaian & aksesori kumpulan Kertas Renyuk di bawah syarikat yang ditubuhkan. Menurut Firdaus Tumiran selaku ketua kumpulan, beliau berharap peniagaan Kertas Renyuk Studio akan terus berkembang bukan sahaja sebagai penghibur tetapi sebagai ahli perniagaan yang berjaya kelak.

Kepada warga UUM yang berhasrat untuk mencari penghibur untuk mana-mana program, Kertas Renyuk adalah salah satu daripada alternatifnya. Perkembangan mereka boleh diikuti di laman rasmi Kertas Renyuk Studio

Tamat

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim