joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

IPRMSA MERANGKUL GELARAN BADAN PELAJAR TERBAIK 2016/2017

Written by Amirullah Ikrami.

IPRMSA MERANGKUL GELARAN BADAN PELAJAR TERBAIK 2016/2017

PPA ONLINE: PPA UUM CAS telah menganjurkan majlis Anugerah Kerana Jasa UUM CAS 2016/2017 (AKJ) pada 2 Disember 2017 yang lalu bertempat di Dewan Angsana, EDC Hotel and Resorts, UUM.

akj 1

Seramai 180 orang tetamu termasuk penerima anugerah, penasihat-penasihat persatuan, dekan-dekan PPA dan pusat pengajian, ahli-ahli persatuan di bawah CAS dan MPP turut hadir pada hari tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Penolong Naib Canselor UUM CAS, Professor Madya Dr. Osman Ghazali. Dalam ucapan perasmian, beliau melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian persatuan-persatuan  di bawah CAS.  Selain itu, Dekan PPA CAS, Dr. Massudi Mahmuddin turut memberikan ucapan dan berkata anugerah seperti ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program masing-masing.

akj 2

Bertemakan Bollywood, malam berprestij ini telah menyaksikan persatuan Institute of Public Relations Malaysia (IPRMSA) merangkul gelaran Badan Pelajar Terbaik daripada 13 badan pelajar di bawah CAS. Di samping itu, IPRMSA turut menerima Anugerah Projek Terbaik Kategori Keusahawanan dalam majlis itu.  Sebanyak 12 anugerah utama dipertandingkan dalam Anugerah Kerana Jasa UUM CAS 2016/2017. Berikut adalah senarai penuh penerima anugerah dan anugerah yang dipertandingkan.

Kategori Individu

SENARAI ANUGERAH

PEMENANG

Anugerah Kepimpinan Terbaik (Mahasiswa)

Muhammad Rasyid  Bin Mohd Sidik

Anugerah Kepimpinan Terbaik (Mahasiswi)

Nur Anisah Binti Mohd Rusli

Anugerah Kepimpinan Harapan (Mahasiswa)

Lukhman Hakim Bin Mohd Asri

Anugerah Kepimpinan Harapan (Mahasiswi)

Izwanina Binti Jemain

Anugerah Penasihat Terbaik

Encik Azhar Kassim (PERMEDIA)

Kategori Kelab/ Kumpulan

SENARAI ANUGERAH

PEMENANG

Anugerah Khas Dekan PPA CAS

Persatuan Inovatif Kreatif (CIA)

Anugerah Projek Terbaik Kategori Akademik

International Conference on Media Studies

(Persatuan Teknologi Media)

Anugerah Projek Terbaik Kategori Sahsiah

Simposium Kaunseling

(Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK))

Anugerah Projek Terbaik Kategori Kepimpinan

Forum Autisme

(Persatuan Kerja Sosial (Kerja Sosial))

Anugerah Projek Terbaik Kategori Khidmat Masyarakat

The Odyssey of UUM

(Persatuan Kaunseling & Psikologi (PERKAP)

Anugerah Projek Terbaik Kategori Keusahawanan

Asean University Conference on Public Relations and Communication

(IPRMSA)

Anugerah Badan Pelajar Terbaik

Institute of Public Relations Malaysia (IPRMSA)

Tamat

 

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim