joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

Saat Kita Berpisah: Kenang dan hargai pelajar mobiliti A171 Sesi 2017/18

Written by Amirullah Ikrami.

 Saat Kita Berpisah: Kenang dan hargai pelajar mobiliti A171 Sesi 2017/18

Oleh: Teow Boon Keong

 “Saya amat berbangga dapat berada di Universiti Utara Malaysia. UUM is the best!” - Alif Andini Widya, pelajar mobiliti dari Telkom University, Indonesia

21 DIS, SINTOK- Seramai 79 orang pelajar mobiliti daripada universiti-universiti tempatan, Brunei Darussalam (UBD), Telkom University, Universitas Sebelas Maret, Universitas Syiah Kuala,  Tsukuba University dan Universiti-universiti daripada China begitu teruja kerana mereka telah dijemput ke satu majlis perpisahan dan penghargaan yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, College of Arts and Scieces (PPA UUM CAS) khas bagi menghargai kehadiran dan sokongan mereka dalam program mobiliti di Universiti Utara Malaysia (UUM).

jamuan perpisahan mobiliti 1

Majlis ini memberi impak yang begitu besar apabila rata-rata mereka berasa begitu dihargai. Majlis yang diadakan secara santai di Tasik Guthrie, UUM itu selain mengadakan BBQ juga bertujuan untuk merapatkan hubungan bersama para pelajar mobiliti dan memberi peluang untuk mereka berinteraksi, majlis ini juga bertujuan menyampaikan sijil program mobiliti sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

“Diharapkan selepas mengharungi segala cabaran di UUM, kalian menjadi lebih berani dan pengalaman ini menjadi satu senjata yang cukup hebat buat masa yang akan datang,” ujar Encik Amirullah, pegawai pelaksana bagi PPA CAS.

jamuan perpisahan mobiliti 2

Majlis ini turut melibatkan Rakan CAS yang sebelum ini memang dilatih khas untuk membantu dalam program-program yang dianjurkan oleh  PPA UUM CAS. Atas kerja keras mereka bersama dengan pengawai PPA CAS yang terlibat, majlis ini dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat respons yang positif daripada pelajar mobiliti yang terlibat dalam majlis itu. Mereka turut bergotong-royong menyediakan makanan pada petang tersebut.      

“Memang tidak dinafikan, pelajar-pelajar mobiliti ini memang terhebat, sanggup meninggalkan keluarga dan tempat lahir semata-mata untuk mengaut pengalaman. Saya juga ingin mengikut jejak mereka untuk mengikuti program mobiliti di negara luar suatu masa nanti jika berpeluang,” luah hati Wahida, salah seorang Rakan CAS yang turut hadir dalam majlis ini.      

“Semoga semester depan CAS akan terus mendapat penyertaan pelajar mobiliti daripada pelbagai negara lagi. Secara tidak langsung ia dapat memberikan pengalaman yang berbeza serta dikongsi bersama pelajar-pelajar di sini. Sekurang-kurangnya pelajar-pelajar mobiliti ini dapat menjadi inspirasi kepada pelajar tempatan untuk maju ke hadapan dan terlibat dengan aktif dalam program mobiliti selepas ini,” tambah Encik Shahrul Anuar, pegawai PPA UUM CAS lagi.

Sekian.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim