joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • IMG 20190529 113804
  • IMG 20190426 112942
  • IMG 20190406 111441
  • IMG 20190328 112554
  • IMG 20190404 191940
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

TAKLIMAT DEKAN PPA UUM CAS MEMBAKAR SEMANGAT PELAJAR PROGRAM MOBILITI INBOUND

Written by Amirullah Ikrami.

PPA UUMCAS ONLINE: Seramai 47 orang pelajar mobiliti telah terpilih untuk menyertai program mobiliti di Kolej Sastera dan Sains (CAS), Universiti Utara Malaysia (UUM) Semester A181 Sesi 2018/2019.

 

Para pelajar ini telah diperkenalkan dengan lebih mendalam dan diberi maklumat lengkap mengenai universiti di rimba hijau ini dalam sesi taklimat mobiliti inbound yang telah disampaikan oleh Dekan PPA UUM CAS, Dr. Massudi Mahmuddin dan Dr. Rahayu Ahmad, Penyelaras Praktikum (Mobiliti), Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA), UUM CAS di Dewan Seminar UUM CAS pada 25 September 2018 yang lalu.

MOBILITI 1

Taklimat ini dihadiri oleh pelajar-pelajar mobiliti dari Universitas Syiah Kuala, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (UHAMKA), Telkom University, Hochschule Hammlippstadt, Germany dan universiti-universiti dari negara China. Selain dari PPA UUM CAS, wakil dari jabatan lain iaitu Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Centre for International Affairs and Cooperation (CIAC) turut serta memberi taklimat kepada pelajar-pelajar mobiliti pada majlis sebelum itu.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh pelajar latihan industri PPA UUM CAS, Saudara Mohamad Khairul Hakiman Ab Rahman, seterusnya kata-kata aluan yang disampaikan oleh Dekan PPA UUM CAS. Para pelajar mobiliti telah diperkenalkan dengan organisasi di UUM dan PPA CAS serta penyelaras di bawah pusat pengajian CAS. Makluman berkaitan dengan kemudahan-kemudahan yang ada di UUM termasuklah kemudahan di Pusat Sukan UUM, kemudahan bas yang disediakan dan lain-lain juga telah dimaklumkan. Selain itu, mereka telah mengambil maklum akan etika pakaian yang perlu diikuti oleh mereka sepanjang mereka berada di UUM serta tatatacara akademik.

MOBILITI 2

“Saya berharap anda semua dapat menjaga diri sepanjang program mobiliti di UUM serta meperbanyakkan interaksi dengan pelajar-pelajar mobiliti yang lain serta pelajar tempatan supaya dapat mengetahui dan mempelajari bahasa dan budaya masyarakat di negara masing-masing” ujar Dr. Massudi Mahmuddin.

Dalam sesi taklimat itu juga, Dr. Rahayu telah memperkenalkan Rakan CAS yang akan dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran serta dapat mengadaptasikan diri di Malaysia, khususnya di UUM. “Memang tidak dinafikan, Rakan CAS merupakan tulang belakang PPA UUM CAS yang banyak membantu dan seterusnya memudahkan pengurusan di PPA UUM CAS”. 

MOBLITI 3

“Diharapkan dengan usaha dan peranan mereka, para pelajar mobiliti akan mendapat pengalaman yang lebih menarik di UUM berikutan pelbagai aktiviti dan program yang menarik bakal dikendalikan oleh Rakan CAS nanti,” tambah En. Amirullah Ikrami Akbar Jahan, penolong pegawai tadbir di PPA CAS yang mula-mula mencetus idea penubuhan dan memperkenalkan konsep rakan CAS. Hal ini telah menyebabkan pelajar mobiliti berasa teruja, bersemangat dan tidak kekok sepanjang mereka di UUM kerana ada rakan-rakan  yang sentiasa membimbing & bersama mereka sepanjang pengajian di sini. 

“Saya mendapat maklumat yang lebih jelas lagi tentang UUM setelah taklimat ini.. Saya mendengar ramai kawan-kawan yang pernah mengikuti program mobiliti di sini bercerita tentang keindahan alam dengan pohon, hutan yang menghijau di sini dan ternyata, saya sangat senang di sini”, kata Suci Safitri Rahma Dewi, pelajar mobiliti dari Universitas Syiah Kuala, Indonesia

Saya boleh berjumpa semua rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan negara, lagipun Rakan CAS banyak membantu jika ada kesulitan sepanjang saya di sini. Memang berbaloilah saya datang ke sini.” Kata Sabrina Anna Sprenger, Hochschule Hammlippstadt, Germany.

Sebelum berakhirnya majlis, Dekan PPA UUM CAS mengambil kesempatan untuk menyampaikan anugerah sijil kecemerlangan kepada beberapa orang Rakan CAS yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang pada semester yang lepas.

Selepas itu, para pelajar menikmati jamuan yang telah disediakan oleh PPA UUM CAS. Antara tarikan makanan terhadap pelajar mobiliti ialah Tomyam Jitra dan Kerabu Mangga. Mereka mengambil peluang ini untuk berbual, bertukar-tukar pandangan, beramah mesra dan mengeratkan lagi persahabatan sesama mereka.

Sekian.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim