joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

13 PENASIHAT PERSATUAN AKADEMIK CAS DIBERI MANDAT

Written by Amirullah Ikrami.

Seramai 13 orang penasihat persatuan akademik di bawah College of Arts and Sciences telah menerima watikah perlantikan sebagai penasihat persatuan bagi sesi 2018/2019. Watikah perlantikan ini telah disampaikan oleh Dekan Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni CAS (PPA CAS), Dr Massudi Mahmuddin di Bilik Santalia, Executive Development Center pada 2 Oktober 2018 yang lepas.

“Kami berbesar hati dan berterima kasih di atas kesudian semua penasihat menerima lantikan ini walapun dibebani dengan tugas hakiki masing masing. Sebagai penasihat, kita berkorban masa dan tenaga di dalam membantu pelajar menguruskan aktiviti dalam usaha melahirkan jiwa pemimpin pelajar yang bersifat holistik. Apa yang lebih mengharukan terdapat penasihat sebelum ini  sanggup berkorban wang ringgit untuk tujuan ini.“ Ujar Dr. Massudi di dalam ucapannya.

penasihat 3

Di dalam majlis ini, penasihat terbaik persatuan pada tahun 2017 iaitu En. Azhar Kasim telah dijemput untuk berkongsi pengalamannya menguruskan persatuan. Beliau telah menjadi penasihat persatuan Permedia selama lima tahun dan telah berjaya membimbing ahli persatuannya menganjurkan aktiviti berimpak tinggi diperingkat antarabangsa.

penasihat 2

“Penasihat perlu rela berkoban apabila bersama pelajar dan juga memberi rewards kepada pelajar di atas kejayaan yang mereka kecapi. Secara tidak langsung, ia memberikan motivasi kepada mereka untuk terus menganjurkan aktiviti yang lebih besar.” Ujar En. Azhar di dalam perkongsiaanya.

Selain itu, beliau juga menyarankan kepada penasihat untuk memanfaatkan lokasi UUM yang berdekatan dengan negara Thailand untuk menganjurkan aktiviti diperingkat antarabangsa kerana ia adalah sangat kos efektif.

penasihat 3

Berikut adalah senarai nama penasihat persatuan yang baru dilantik. Kami mengucapkan tahniah dan selamat bertugas untuk semua. 

  1. Pendidik- Dr. Nor Hasimah Ismail
  2. I-Tech- En. Suwannit Chareen
  3. IEEE Student Branch - Dr.Yousef Ali Fazea
  4. Qusac- Pn.Fazillah
  5. Multimedia - Dr. Hammuzamer Irwan Hamzah
  6. Perkom- Dr. Mohd Zuwairi Mat Saad
  7. Permedia- Dr. Noor Aziah Abdullah
  8. IPRMSA- Cik Nuredayu Omar
  9. ELC- Dr. Nur Rasyidah Mohd Nordin
  10. Pujangga-Dr. Mohd Tarmizi Hasrah
  11. CIA- En. Nor Hissam Sulaiman
  12. Kerja Sosial- Dr. Nurhazlina Mohd Ariffin
  13. Perkap- Pn. Siti Azura Bahadin  

 Sekian dan harap maklum.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim