joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

PERSATUAN KAUNSELING & PSIKOLOGI (PERKAP) MERANGKUL GELARAN BADAN PELAJAR TERBAIK 2017/2018

Written by Amirullah Ikrami.

PPA ONLINE: PPA UUM CAS telah menganjurkan Majlis Anugerah Kerana Jasa UUM CAS 2017/2018 (AKJ 2018) pada 23 November 2018 yang lalu bertempat di Dewan Angsana, EDC Hotel and Resorts, UUM.

Seramai 220 orang tetamu termasuk penerima anugerah, Dekan SMMTC , penasihat-penasihat persatuan, ahli-ahli persatuan di bawah CAS dan mantan MPP turut hadir pada hari tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Penolong Naib Canselor UUM CAS, Professor Madya Dr. Osman Ghazali. Dalam ucapan perasmian, beliau melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian persatuan-persatuan  di bawah CAS.  Selain itu, Dekan PPA CAS, Dr. Massudi Mahmuddin turut memberikan ucapan dan berkata anugerah seperti ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program masing-masing.

akj 1

Bertemakan Arabian Night, malam berprestij ini telah menyaksikan persatuan Persatuan Kaunseling &Psikologi (PERKAP) telah merangkul gelaran Badan Pelajar Terbaik daripada 13 badan pelajar di bawah CAS. Di samping itu, PERKAP turut menerima Anugerah Projek Terbaik kategori Khidmat Masyarakat dalam majlis itu.  Sebanyak 12 anugerah utama dipertandingkan dalam Anugerah Kerana Jasa UUM CAS 2017/2018.

akj 2.jpg

Berikut adalah senarai penuh penerima anugerah dan anugerah yang dipertandingkan.

SENARAI ANUGERAH PEMENANG KATEGORI INDIVIDU

   Anugerah Kepimpinan Harapan Mahasiswa- Muhammad Faiz Aiman Farizon

   Anugerah Kepimpinan Harapan Mahasiswa – Nurul Sahadar Che Nuh

   Anugerah Kepimpinan Terbaik Mahasiswa- Muhammad Amirul Hisyam Fauzi

   Anugerah Kepimpinan Terbaik Mahasiswa- Siti Humaira Mohamed Yasin

   Anugerah PenasihatTerbaik – Encik Azahar Kasim

SENARAI ANUGERAH PEMENANG KATEGORI KELAB/ PERSATUAN

   Anugerah Projek Terbaik (Akademik) – Persatuan Pengurusan Pendidikan

   Anugerah Projek Terbaik (Kepimpinan) – Persatuan Teknologi Media

   Anugerah Projek Terbaik (Keusahawanan) - Institute Of Public Relations Malaysia Student Association

   Anugerah Projek Terbaik (Khidmat Masyarakat) – Persatuan Kaunseling & Psikologi

   Anugerah Projek Terbaik (Sahsiah) – Persatuan Kerja Sosial

   Anugerah Khas Dekan PPA CAS – Persatuan Teknologi Media

   Anugerah Badan Pelajar Terbaik – Persatuan Kaunseling & Psikologi

Buat pengetahuan semua, PPA CAS telah menubuhkan sebuah organisasi yang diberi nama RAKAN CAS di bawah pengelolaan PPA CAS pada tahun 2017 dan  Anugerah Kerana Jasa UUM CAS 2017/2018 pada kali ini telah  dikendalikan oleh RAKAN CAS turun dibantu oleh staff-staff PPA CAS .Seramai 70 orang ahli yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UUM telah menyertai RAKAN CAS sejak penubuhannya pada 2017. RAKAN CAS juga turut diberi penganugerah di atas komitmen dan jasa mereka. Berikut senarai penerima anugerah:

  

Anugerah Rakan CAS (Program) – Adventure To Royal Belum

Anugerah Rakan CAS (Mahasiswa) – Muhamad Amir Mohd Azelam

Anugerah Rakan CAS (Mahasiswi)- Nur Syazana Muhd Shahrunnizam

4.png

 

5.png

6.png

7.png

8.png

9.png

10.png

11.png

12.png

 

14.png

15.png

16.png

17.png

Diharapkan dengan penganugerahan ini dapat meningkatkan motivasi dalam setiap persatuan mahupun inividu untuk bersaing secara sihat bukan sahaja terhadap akdemik semata-mata namun terlibat juga dalam aktiviti persatuan agar dapat memajukan UUM yang dicintai.

Sekian,Terima kasih.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim