joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

TRAIN OF TRAINER RAKAN PPA CAS

Written by Amirullah Ikrami.

PPA UUM CAS ONLINE: Program Train of Trainer (TOT) bagi pelajar College Art and Sciences (CAS) telah dilaksanakan pada Khamis, 8 November hingga 10 November 2018 yang lalu di Kampung Acheh Management Centre, Yan Kedah. 

TOT ini dilaksanakan selepas pelantikan rakan CAS yang baru bagi tahun 2018/2019. Program ini disertai oleh 44 orang Rakan CAS diiringi beberapa pegawai PPA. Program ini bertujuan untuk  melatih para peserta supaya memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan selain kepimpinan dan penjanaan idea kepada pembangunan PPA CAS dalam aktiviti pelajar, mobiliti dan  keusahawanan.

tot 1

Sepanjang tiga hari dua malam di Kampung Acheh, Yan, Kedah, Para pelajar telah mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disusun seperti penyampaian watikah pelantikan Rakan CAS, slot pengucapan awam, pengenalan kepada sistem SAMS, pengurusan masa, motivasi, ceramah tentang IR4 dan juga sesi suai kenal bersama staf (PPA CAS) dan sesama ahli baru Rakan CAS. Antara aktiviti luar yang dijalankan ialah seperti aktiviti kecerdasan, sukan, dan aktiviti meredah sungai dan hutan.

tot 2 2018

Dr. Masuddi Mahmuddin, Dekan PPA UUM CAS menyatakan bahawa  program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendidik bakal-bakal pemimpin yang dapat membantu pelajar mobiliti serta menjayakan apa-apa program anjuran PPA CAS. “Dengan adanya program ini, diharapkan para Rakan CAS dapat membimbing bukan sahaja diri, malah kawan-kawan sekitar untuk bersama-sama maju demi CAS. Juga diharapkan para Rakan CAS dapat memberi komitmen yang sepenuhnya sepanjang menjalankan tugas anda sebagai Rakan CAS,” ujar Dr. Massudi lagi.

Adiyatuliyana Roslan, pelajar School Education and Modern Language (SEML) berkata “ Saya merasakan bahawa program TOT ini merupakan satu program yang memberi peluang kepada Rakan CAS untuk meningkatkan pengetahuan baru dan mampu mengendalikan program-program yang bermanfaat pada masa hadapan”.

Norafrina Nabila Mohd Zaini mengatakan bahawa “Program ini mampu menjadikan mahasiswa berfikir di luar kotak dalam menjalankan program yang berimpak tinggi di bawah PPA UUM CAS. Ia juga berkemungkinan besar mampu menjadikan mahasiswa berdaya saing dan mampu membina keyakinan diri di khalayak ramai.               

“Inilah pertama kali saya berada di sini. Walaupun tiada kemudahan Internet, tetapi alam semulajadi ini sememangnya dapat menenangkan jiwa saya,” ujar Wan Norhidayah, salah seorang mahasiswi yang turut bersama dalam program ini.          

Di akhir program ini, beberapa anugerah telah diberikan kepada para peserta program yang paling berdedikasi. Tamat

Sekian,Terima kasih.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim