joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

KITA TIDAK PERLU HEBAT UNTUK MENJADI SEORANG YANG HEBAT PADA HARI INI

PPA CAS ONLINE: UUM CAS telah menerima seramai 95 orang pelajar termasuk 16 orang pelajar antarabangsa bagi kemasukan semester Kedua sesi 2016/2017. Para pelajar bagi kemasukan kali ini terdiri daripada pelajar-pelajar di bawah Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Pusat Pengajian Sains Kuantitif (SQS), Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) dan Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA).

bermimpi

 

Salah satu slot yang terkandung di dalam jadual minggu orientasi kepada pelajar baru adalah Sesi Bersama Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA). Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar baru berkaitan dengan aktiviti bukan akademik, peluang yang boleh diperolehi berkaitan aktiviti sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa serta pendedahan lain yang berkaitan dengan pelajar.

Selain itu sesi ini juga bertujuan memberikan suntikan semangat kepada mereka yang baru menjejakkan kaki ke universiti. Selain daripada penerangan oleh Dekan PPA, slot ini juga dimeriahkan dengan perkongsian pengalaman daripada seorang Alumni dan juga wakil daripada Kelab IEEE UUM Chapter.

Sesi dimulakan dengan perkongsian pengalaman oleh Alumni UUM iaitu Dr. Ahmad Hisham bin Zainal Abidin yang merupakan Timbalan Dekan di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) UUM CAS. Sesi selama lebih dari satu jam itu turut menarik perhatian para pelajar apabila beliau berkongsi pengalaman, suka duka yang dilalui sebelum mengecapi kejayaan seperti yang dimiliki pada hari ini. Para pelajar diberikan suntikan semangat dengan peringatan bahawa “kita tidak perlu takut bermimpi hebat untuk menjadi seorang yang hebat pada hari ini”. Selain itu, Dr. Ahmad Hisham juga berkongsi dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bagaimana menggunakan kemahiran dan ilmu sedia ada seterusnya mengembangkan ke peringkat yang lebih jauh.

Sesi ini juga diserikan oleh Mr. Yousef Fazea, Presiden Kelab IEEE UUM Chapter yang turut berkongsi maklumat berkaitan jaringan (network) yang diperolehi daripada kegiatan-kegiatan yang dianjurkan dibawah persatuan melalui PPA CAS.

Seterusnya, sesi taklimat dan penerangan berkaitan PPA CAS yang dikendalikan oleh Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni iaitu Dr. Massudi Mahmudin. Beliau menerangkan kepada para pelajar tentang peranan PPA CAS, aktiviti yang dianjurkan, peluang yang boleh direbut oleh para pelajar, mobiliti dan sebagainya.

Selain daripada para pelajar baru, sesi ini turut dihadiri oleh penyelaras-penyelaras serta kakitangan PPA CAS.

Sekian.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim