joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

TERUJA UNTUK MEMULAKAN PENGAJIAN DI UUM

PPA UUM CAS ONLINE: “”Menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China”, pepatah Melayu yang tidak pernah lapuk dek zaman. Namun begitu, kini pelajar dari negara China pula yang datang menuntut ilmu di negara kita. Ini menunjukkan bahawa pendidikan di Malaysia amnya dan UUM khasnya telah dapat menarik minat negara yang mempunyai penduduk terbanyak di dunia setakat ini.

 Bilangan pelajar dari China yang memilih untuk menjalani program mobiliti selama satu semester di UUM CAS semakin meningkat pada setiap semester. Pada semester Kedua sesi 2016/2017 ini, UUM CAS telah menerima seramai 22 pelajar berbanding enam (6) pelajar sahaja pada semester lepas. Pusat Pengajian yang terlibat pada semester ini adalah Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) dan Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML).

3 feb 2017

Pada 26 Februari 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SOC, satu taklimat khas telah diberikan kepada pelajar-pelajar tersebut di mana Dr. Rahayu Ahmad, selaku Penyelaras Praktikum (Mobiliti) Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA), UUM CAS memulakan sesi pengenalan pelajar kepada UUM CAS serta peranan pejabat PPA UUM CAS sendiri. Seterusnya pelajar dipecahkan mengikut Pusat Pengajian dan telah diberikan penerangan berkaitan program dan subjek-subjek yang dipilih oleh wakil daripada setiap Pusat Pengajian.

Antara wakil-wakil daripada Pusat Pengajian yang hadir ialah Prof. Madya Dr. Engku Muhamad Nazri bin Engku Abu Bakar (SQS), Dr. Nor Aishah Ahad  (SQS), Puan Noraziah Man (SQS), Dr. Mohd. Khairudin Kasiran (SOC), Dr. Hazaruddin Harun (SOC), Dr. Zahurin Mat Aji (SOC), Dr. Azizah binti Che Omar (SMMTC) dan En. Mohammad Shah bin Kamarulzaman (SEML).

Pelajar-pelajar daripada Xi'an University of Science and Technology, Tongren University, Anhui Xinhua University, Guangxi University of Foreign Languages, Xi'an Eurasia University, Sichuan University of Arts and Science, Yichun University, Guizhou Minzu University dan Xi'an International University ini telah dihantar semula ke CIAC dengan bas UUM setelah menikmati sedikit jamuan ringan.

Sekian.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim