joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

ILMU BARU PELAJAR UUM CAS

Written by Amirullah Ikrami.

PPA UUM CAS ONLINE: Selaras dengan tagline UUM iaitu ‘The University in a Green Forest’, seramai 25 orang pelajar daripada 13 kelab dan persatuan di bawah UUM CAS telah menyahut seruan dengan menyertai lawatan ke Kolej Pertanian Malaysia (KPM), Bukit Tangga.

Lawatan ini yang telah  dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni (PPA) UUM CAS pada 28 Februari 2017 yang lalu merupakan sebahagian daripada program ‘Tree for the Future’ yang bermatlamatkan untuk memupuk sifat sayangkan tumbuhan dan semangat untuk mengekalkan kehijauan bumi.

 5 mac 17

Di dalam lawatan tersebut, para pelajar berpeluang untuk mempelajari selok belok bidang pertanian yang luas seperti bidang tanaman, akuakultur air tawar, ternakan ruminan, dan pemprosesan makanan. Semasa lawatan, para pelajar dapat menyaksikan demontrasi menanam pokok dengan kaedah yang betul dan ia merupakan pendedahan baru buat pelajar yang sebelum ini tiada pengetahuan tentang kaedah penanaman pokok yang baik. Seterusnya para pelajar dibawa ke pusat akuakultur yang menternak dua jenis ikan air tawar iaitu ikan talapia merah dan ikan keli Afrika. Pelajar diberi pendedahan tentang proses penternakan dari pembenihan hinggalah ikan tersebut dijual pada tahap yang matang. Selepas itu, pelajar dibawa melihat ladang penternakan ruminan iaitu kambing dan lembu. Di akhir lawatan, para pelajar telah diberikan penerangan oleh Penolong Pendaftar KPM tentang latar belakang KPM serta kepentingan bidang pertanian kepada negara.

Menurut Mohamad Fazuan bin Mohd Wafat, pelajar semester 4 dari program Teknologi Maklumat, beliau dapat mengenali bidang pertanian dengan lebih mendalam serta percaya bidang ini mampu memartabatkan nama negara di mata dunia selaras dengan slogan pertanian adalah perniagaan. Di samping itu, Nur Hazwani Shari, pelajar semester 4 dari program Teknologi Media berasa beruntung dapat menyertai lawatan ini kerana dapat mengetahui ilmu baru berkaitan perladangan dan bercita-cita untuk membuka bisnes sendiri apabila tamat pengajian kelak serta mengharapkan program ini harus berterusan. Akhirnya, diharapkan lawatan ini dapat mengubah persepsi pelajar terhadap bidang pertanian sebagai bidang yang menguntungkan.

Sekian.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim