joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

‘TREE FOR THE FUTURE ‘: 14 PERSATUAN PELAJAR DAN 14 POKOK ANGKAT

PPA UUM CAS ONLINE: Pada 3 Mac 2017 yang lepas, seramai 82 orang pelajar UUM CAS telah berkumpul di sekitar pejabat PPA CAS untuk menyertai program ‘Tree for the Future’ yang bermatlamatkan memupuk sifat sayangkan tumbuhan dan semangat untuk mengekalkan kehijauan bumi.  

Di dalam program ini, setiap kelab dan persatuan di bawah UUM CAS menyahut cabaran menanam satu pokok buah-buahan dan dijadikan sebagai pokok angkat yang perlu dijaga sehingga mendatangkan hasil. Di samping 13 buah kelab CAS, MPP juga tidak melepaskan peluang menanam satu pokok buah dan dijadikan sebagai pokok angkat. 

 tree

Sebanyak 23 pokok buah-buahan telah ditanam di sekitar pejabat PPA CAS iaitu manggis, manga, mahkota dewa, ciku, avocado, avio, dan jambu air. Di dalam program ini, pihak Mardi Bukit Tangga telah berbesar hati menyumbang sebanyak 15 pokok buah-buahan dan wakilnya En Mohd Ridzuan Bin Mohd Daud telah menyerahkan pokok-pokok tersebut kepada wakil-wakil kelab. Selebihnya, pokok buah-buahan yang lain disumbangkan oleh Dekan PPA sendiri, Dr Massudi Mahmuddin. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran lapan (8) orang pegawai Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga yang diketuai oleh En. Muhammad Shukri bin Mat Noor, Timbalan Pendaftar KPM. Mereka menjadi jurutunjuk kepada para pelajar tentang cara-cara menanam pokok bermula dari proses menggali lubang, menanam pokok, dan membina sungkupan. Sepanjang proses penanaman, para pelajar dapat mempraktikkan secara terus tentang cara-cara menanam pokok dengan betul.

Semasa ucapan perasmian, Dekan PPA mengatakan bahawa walaupun kita tidak sempat memakan hasilnya kerana pokok-pokok tersebut mengambil masa yang agak lama untuk berbuah, kita akan berasa bangga melihat pokok buah yang sudah besar apabila kembali ke UUM pada masa hadapan serta dapat bercerita kepada anak cucu mengenai pokok yang kita tanam.  Menurut Nur Ezrina Zainudin, daripada Persatuan Kaunseling dan Psikologi (PERKAP), beliau berasa beruntung dapat menyertai program ini kerana mendapat pengalaman baru tentang penanaman pokok buah-buahan walaupun menyedari tidak sempat memakan hasilnya. Beliau dan persatuannya telah menanam pokok ciku.

Sebelum ini, para pelajar CAS telah menyertai lawatan ke Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga pada 28 Feb 2017 yang merupakan sebahagian daripada aktiviti  ‘Tree for the Future’.

Sekian.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim