joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

UUM DAN UNIVERSITAS AHMAD DAHLAN MANTAPKAN KOLABORASI

PPA UUM CAS ONLINE: Pada 5 Mac 2017 yang lalu, pihak PPA UUM CAS telah menerima lawatan delegasi daripada Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Indonesia.

Delegasi tersebut yang terdiri daripada Ibu Rintasari dari School of Accountancy, UAD dan Ibu Megawati dari School of Law, UAD telah tiba di UUM pada 4 Mac 2017 bersama-sama enam (6) pelajar mereka yang akan mengikuti Program Mobiliti Berkredit selama satu (1) semester di UUM CAS, UUM COB dan UUM COLGIS.

UAd

Satu perbincangan dengan pihak UAD telah diadakan bersama Dekan PPA CAS, Dr. Massudi Mahmuddin, Dekan PPA COB, Dr. Hendrik Lamsali, Timbalan Dekan PPA CAS Dr. Mohamad Farhan Mohamad Mohsin dan Penyelaras Praktikum (Mobiliti) PPA CAS, Dr. Rahayu Ahmad.

Perbincangan tersebut merangkumi perancangan untuk menawarkan kursus jangka pendek penyelidikan dan bengkel penerbitan kepada pensyarah-pensyarah UAD. Antara kandungan lain perbincangan adalah tentang program ‘dual degree’. Pihak PPA CAS dan PPA COB juga menyatakan hasrat ingin menghantar pelajar mobiliti untuk semester hadapan. Kedua-dua pihak berharap kolaborasi antara UUM dan UAD akan diperkemaskan dan diteruskan pada masa hadapan.

Sekian.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim