joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

TIGA UNIVERSITI DARI TIGA NEGARA BERBEZA BERTEMU DI UUM CAS

Written by Amirullah Ikrami.

PPA UUM CAS ONLINE: Seramai 11 pelajar daripada tiga universiti dari negara yang berbeza telah bertemu di UUM CAS. Mereka adalah pelajar-pelajar daripada universiti di Indonesia, Brunei dan Jepun yang mengikuti Program Mobiliti selama satu (1) semester di UUM CAS.

 jepun

Pelajar-pelajar tersebut ialah Ardian Setyo Nugroho, Achmad Rifqi Ruhyattamam, Levi Hanny Santoso, Tiffany dan William Adrian daripada Bina Nusantara University (BINUS), Indonesia yang mengikuti Program Sarjana Muda Sains (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian di Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Hjh Siti Nurul Nadiah Hj Narudin dan Muhd Safiuddin Hj Ismail daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD), Brunei yang mengikuti Program Sarjana Sains (Matematik Perniagaan) dengan Kepujian di Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Hajah Azlinah Haji Mohamad, Mawaddah Haji Amran dan Mohammad Shafiq Rosli juga dari UBD, Brunei yang mengikuti Program Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) serta seorang pelajar daripada University of Tsukuba, Japan iaitu Rin Hamada yang juga mengikuti Program Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), UUM CAS.

Pelajar-pelajar ini telah disambut dan ditemani oleh buddies dan staf PPA CAS yang bertugas membawa mereka untuk menyelesaikan segala urusan sebelum memulakan sesi pengajian mereka.

Sekian.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim