joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • Image 01
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

CARWASH PENDIDIK EXTRAVAGANZA MENJADI TUMPUAN RAMAI

Written by Amirullah Ikrami.

Sintok, 3 April- Penglibatan mahasiswa dan mahasiswi pada masakini bukan hanya dapat dilihat daripada aspek penglibatan mereka secara aktif dalam bidang akademik mahupun sukan bahkan melalui pembabitannya dalam sesebuah program juga dapat mengasah keupayaan serta potensi diri untuk memupuk kepimpinan.

PROGRAM 'SHARING IS LOVE' MENINGKATKAN SEMANGAT PELAJAR SEKOLAH

Written by Amirullah Ikrami.

Sintok, 27 Mac - Seramai 36 peserta yang merupakan pelajar pengawas pusat sumber dari SMK Dato' Jaafar Hassan (SMKDJH) telah mengikuti Program Sharing is Love with SMKDJH. Program ini telah dikelolai oleh 17 orang fasilitator yang terdiri dari pelajar semester 2, 4 & 6 ISMP Bimbingan dan Kaunseling. 

“NATURE WALK” KE PUSAT PENGUMPULAN IKAN AIR TAWAR DI EMPANGAN ULU MUDA, SIK

Written by Amirullah Ikrami.

Sambil menikmati udara pagi yang menyegarkan, seramai 36 orang pemimpin persatuan di bawah College of Arts and Science (CAS) telah berjalan sejauh 3.7km dari Muda Resort ke Jeti Pusat Pengumpulan Ikan Air Tawar di Empangan Ulu Muda, Sik. Kesemua pelajar-pelajar ini merupakan peserta Kem Kepimpinan Organisasi yang telah diadakan pada 8 hingga 10 Mac 2018  di Muda Resort, Sik, Kedah yang lepas.

MAHASISWI UUM PERKENAL BUDAYA MALAYSIA DI ASEAN YOUTH CAMP

Written by Amirullah Ikrami.

22 Mac 2018, empat orang mahasiswi dari Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam mobiliti tidak berkredit ke Bansomdejchaopraya Rajabhat Universiti, Bangkok, Thailand. Program ini dikenali sebagai Asean+3 Youth Camp kali ke-4, telah disertai oleh seluruh negara ASEAN dan terdapat tiga buah negara lain turut dijemput yang terdiri daripada Korea, Taiwan dan China. Program ini berlangsung selama dua minggu bermula 22 Mac 2018 hingga 4 Mac 2018.

PELAJAR MOBILITI UUM CAS BERKAMPUNG DALAM HUTAN SINTOK

Written by Amirullah Ikrami.

Oleh: Shahrul Anuar Hanapi

 PELAJAR MOBILITI UUM CAS BERKAMPUNG DALAM HUTAN SINTOK

PPA UUM CAS ONLINE: Seramai 88 orang pelajar program mobiliti bersama-sama Timbalan Dekan PPA UUM CAS, Dr. Mohamad Farhan Mohamad Mohsin, Penyelaras Praktikum (Mobiliti), Dr. Rahayu Ahmad iaitu dan En. Shahrul Anuar Hanapi dalam program “Nature Walk with PPA UUM CAS & Lunch by the Lake with Mobility Students” yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA, UUM CAS).

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim