joomla social media module
enafarzh-CNzh-TWfrmsth
  • IMG 20190529 113804
  • IMG 20190426 112942
  • IMG 20190406 111441
  • IMG 20190328 112554
  • IMG 20190404 191940
  • image7

        BBBR1  BBBR2  BBBR3  BBBR4  BBBR5

PENGALAMAN MENARIK YANG AKAN SENTIASA DIINGATI HANYA DI UUM

Written by Amirullah Ikrami.

SINTOK, 28 April 2018 - Pendedahan awal mengenai pendidikan di pengajian tinggi pastinya dapat membantu para pelajar untuk bermotivasi dan mempunyai halatuju yang jelas dalam kehidupan mereka. Untuk itu, Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK)  telah menganjurkan  Program Visit UUM : Lawatan SMK Dr Burhanuddin pada 28 April 2018 bertempat di Dewan Seminar CAS.

PENGALAMAN MENARIK JUMANJI TRIP DI PANTAI MERDEKA

Written by Amirullah Ikrami.

Pantai Merdeka, 27 April - Program Jumanji Trip ini diadakan pada 26 -27 April,2018 di Pantai Merdeka iaitu pada hari Khamis dan Jumaat. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pendidik UUM  untuk memberikan peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menjalankan program di luar kampus UUM dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang amat menyeronokkan kepada semua peserta Jumanji dan AJK sekali.

CARWASH PENDIDIK EXTRAVAGANZA MENJADI TUMPUAN RAMAI

Written by Amirullah Ikrami.

Sintok, 3 April- Penglibatan mahasiswa dan mahasiswi pada masakini bukan hanya dapat dilihat daripada aspek penglibatan mereka secara aktif dalam bidang akademik mahupun sukan bahkan melalui pembabitannya dalam sesebuah program juga dapat mengasah keupayaan serta potensi diri untuk memupuk kepimpinan.

PROGRAM 'SHARING IS LOVE' MENINGKATKAN SEMANGAT PELAJAR SEKOLAH

Written by Amirullah Ikrami.

Sintok, 27 Mac - Seramai 36 peserta yang merupakan pelajar pengawas pusat sumber dari SMK Dato' Jaafar Hassan (SMKDJH) telah mengikuti Program Sharing is Love with SMKDJH. Program ini telah dikelolai oleh 17 orang fasilitator yang terdiri dari pelajar semester 2, 4 & 6 ISMP Bimbingan dan Kaunseling. 

“NATURE WALK” KE PUSAT PENGUMPULAN IKAN AIR TAWAR DI EMPANGAN ULU MUDA, SIK

Written by Amirullah Ikrami.

Sambil menikmati udara pagi yang menyegarkan, seramai 36 orang pemimpin persatuan di bawah College of Arts and Science (CAS) telah berjalan sejauh 3.7km dari Muda Resort ke Jeti Pusat Pengumpulan Ikan Air Tawar di Empangan Ulu Muda, Sik. Kesemua pelajar-pelajar ini merupakan peserta Kem Kepimpinan Organisasi yang telah diadakan pada 8 hingga 10 Mac 2018  di Muda Resort, Sik, Kedah yang lepas.

iuum  imygov  imsc  imampu  imyideas  imyline  itourism-74x45  ikrste-74x45  isirim